Tuesday, June 7, 2011

PruBSN Ummah – Haji/Umrah Anda Terjamin!

LabbaiKa Allahumma labbaiK
LabbaiKa laa syarikalaKa labbaiK
Innal hamda wa al-ni’mata
laKa wal-Mulk La syarikalaK!
“Kami sahut panggilanMu Ya Allah, kami sahut tiada sekutu bagiMu.. Ya Allah! Kami sahut..
Segala pujian, nikmat & kerajaan adalah kepunyaanMu, Ya Allah, tiada sekutu denganMu..”
Setiap muslim dan muslimah pastinya mempunyai impian untuk melengkapkan rukun kelima Islam iaitu mengerjakan ibadah Haji. Namun, tidak semua mampu di mana akhirnya harapan hanya tinggal harapan dan impian terkubur begitu sahaja. Ini kerana salah satu faktor besar menyumbang kepada kegagalan mengerjakan haji adalah kekurangan dana untuk menampung kos mengerjakan haji yang kini mencecah RM10,000 seorang! Dan yang pastinya kos ini akan terus meningkat mengikut faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikannya seperti harga minyak dan lain-lain.


Untuk memenuhi harapan dan impian anda, maka lahirlah Prudential BSN Takaful Ummah. Kini dengan pelan yang dinamik iaitu semuanya diletakkan dalam satu pelan ini.

Apa Itu Prudential BSN Takaful Ummah (PruBSN Ummah)?


Prudential Bsn Takaful Ummah (Prubsn Ummah) adalah satu pelan yang unik untuk membantu anda untuk merealisasikan impian dan harapan anda untuk ke tanah suci Mekah. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan untuk masa depan, malah ia membantu anda sebagai seorang muslim dan muslimah melalui ciri-ciri uniknya seperti elaun Haji, Badal haji, manfaat berganda dan penulisan wasiat Islam dan jika anda menyertai prudential bsn takaful ummah (prubsn ummah) anda mungkin melayakkan diri untuk menerima BONUS LOYALTI.



Manfaat-manfaat Prudential Bsn Takaful Ummah (pruBsn Ummah)

1- Manfaat Berganda akan dibayar sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya kekal semasa menunaikan Haji/Umrah.
2- Sekiranya ajal anda cepat atau meninggal dunia sebelum dapat menunaikan haji atau anda disahkan hilang upaya kekal sebelum dapat menunaikan haji Kewajipan haji anda akan di tunaikan melalui Upah Haji.
3- Pengeluaran simpanan boleh dilakukan bagi menampung keperluan Haji anda.
4- Wang tunai tambahan bernilai RM 2,000 untuk manfaat khariat kematian.
5- Bonus Loyalti sebagai elaun haji.
6- Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal.
7- Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat islam.
PruBSN Ummah Secara Ringkas
  • Panjang Umur ==> Keluarkan Simpanan untuk pergi menunaikan Haji.
  • Penyakit Kritikal ==>> Pampasan oenyakit kritikal diberikan + Sijil Percuma dan Keluarkan Simpanan Pergi Menunaikan Haji.
  • Meninggal Dunia ==> Jika Di Malaysia = Jumlah Perlindungan + baki simpanan + Upah haji (PruBSN Tanggung).
  • Meninggal Dunia Di Mekah ==>> 2 kali perlindungan + Baki Simpanan + Upah Haji

Secara Perbandingan…

Tabung Haji
Bank/ASB
PruBSN Ummah
Simpanan
Ada
Ada
Ada
Rawatan Penyakit kritikal
Tiada
Tiada
Ada
Badal Haji (Upah Haji)
Tiada
Tiada
Percuma
Gantian pendapatan kepada keluarga
Tiada
Tiada
Ada
Gantian pendapatan Hilang Upaya
Tiada
Tiada
Ada
Khairiat Kematian (Pengebumian)
Tiada
Tiada
Percuma
Bonus Loyalti
Tiada
Tiada
Ada
Gantian Pendapatan Berganda
Tiada
Tiada
Ada

Siapa Yang Layak Untuk Menyertainya?
Anda berumur di antara 19-60 tahun layak untuk menyertainya.

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenaranda akan bergantung kepada berikut: 
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahunatau setiap tahun


Wednesday, June 1, 2011

Mengapa saya jual insuran/takaful

Ini komen saya bagi menjawab tulisan blog seseorang. Anda baca dan fikirkanlah sendiri.

KOMEN SAYA DI: (alamat blog tersebut dirahsiakan) 
pandangan ustaz, ada betul dan ada yang salah pada pandangan saya. Tapi siapalah saya, saya un Cuma insan biasa yang ilmu tak tinggi mana pun Cuma saya ada pengalaman yang mengajar saya tentang kepentingan insuran kepada semua orang.

saya tak mahu komen lebih2, sebab ilmu saya tak la tinggi mana. tapi persepsi masyarakat kita terhadap insuran (tak kira samaada insuran atau takaful) ni masih perlu diperbaiki disamping ejen perlu bagi contoh yang baik dalam etika kerja mereka. saya mengatakan begini kerana pengalaman saya di luar negara membawa saya melihat tentang kepentingan insuran ini. ditambah pula dengan ibu saya yang sakit jantung secara mengejut tak lama selepas saya pulang dari luar negara.

dengan kos perubatan makin meningkat (malah di negara yang saya pergi dahulu, ubatan2 yang kosnya dalam lingkungan RM50, mahal hingga RM300 di negara tersebut), dan pesakit yang makin ramai di hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan. bukanlah bermaksud hospital kerajaan tak bagus. cuma dengan nisbah pesakit dan staff hospital spt doktor yang sedikit, berapa ramai sahaja yang mendapat layanan yang teliti.

PENGALAMAN KELUARGA SAYA
nasib ini menimpa ibu saya yang ke hospital kerajaan setiap 3 bulan sekali utk follow-up dgn doktor. kali pertama dikatakan masalah kolestrol, diberikan ubat dan datang semula selepas 3 bulan. kali kedua dikatakan bukan masalah kolestrol tetapi jantung ibu saya laju. Diberikan ubatan yang lain dan next appontment dengan doctor pakar dari ipoh. Namun doktor pakar tak hadir pada hari yang dijanjikan. Terkebil2 kami menunggu lama sebelum dimaklumkan begitu. Hinggakan ayah mencari2 doktor lain termasuk doktor yang memeriksa mak sebelum2 ini bertanyakan tentang x-ray, echo dan sebagainya sama dapat tahu apa masalah ibu saya. Namun doktor tu pun doktor biasa je. Bukan pakar bahagian jantung. Kami pun pulang dengan hampa menantikan 3 bulan yang akan datang untuk berjumpa dengan pakar lagi sekali.

Temujanji berikutnya pada bulan disember, namun awal november mak sakit teruk sampaikan tak makan 4 hari. Nak dibawa ke hospital kerajaan, menunggu lama. Dengan simpanan keluarga yang tak seberapa dan baki wang sewaktu ke luar negara sebagai backup, kami ke hospital swasta untuk diagnose dan kemudiannya bercadang meneruskan rawatan ke hospital kerajaan setelah di-diagnose penyakit ibu saya. Ditakdirkan allah, mak tenat dalam 2jam pertama masuk wad. Tapi kecekapan doktor swasta menyelamatkan ibu saya memberikan saya lebih masa untuk menghargai dan memberikan jasa kepada ibu bapa saya. Setelah mak stabil, pemerikasaan terus dilakukan dihadapan kami. Dan keputusannya ibu saya mempunyai masalah dengan injap jantung. Keputusan yang dapat dengan segera sedangkan di hospital kerajaan pemeriksaan yang sama dilakukan, echo, xray dsb tak dapat kesan penyakit apa – doktor pakar tak cukup (malah tak datang ketika temujanji) dan pesakit yang terlalu ramai menunggu giliran utk rawatan dsb.

Namun, kesedaran tentang pentingnya insuran pada diri saya bila di hospital swasta tersebut. Saya lihat ramai pesakit cina dan india tapi yang melayu cuma keluarga saya je yang ada di situ. Saya tanya pada beberapa keluarga pesakit yang lain. Anggapan saya family mereka kaya raya atau mereka bekerja besar. Rupa2nya sangkaan saya meleset. Mereka masuk ke hospital tu sebab mereka ada insuran dan kerja mereka bukanlah hebat2. Ada yang cuma kerani biasa je.

Namun, tamparan hebat yang sedarkan saya tentang pentingnya insuran ini adalah pada hari kedua, mak masih belum sedar, saya dipanggil oleh admin hospital dan ditanya latar belakang. Ketika itu kami ditanya samaada mempunyai insuran atau tidak. Kami katakan tidak seorang pun yang berinsuran. Admin hospital dengan serba salah, menunjukkan bil interim sepanjang sehari iaitu sebanyak RM2,000.00++ dan menjelaskan terpaksa meminta deposit sebanyak RM10,000.00. Masa itu, fikiran buntu dan gelap. Ayah bekerja sebagai Pekerja Am, tiada baki dalam simpanan EPFnya lagi. Saya yang baru habis praktikal dan baru hendak mula mencari kerja. Adik pula baru berhenti kerja dan mencari kerja lain sementara seorang lagi masih bersekolah. Kami bukan orang yang senang dan wang simpanan keluarga banyak telah dihabiskan untuk sewaktu belajar dan persiapan menjalani praktikal di luar negara. Cuma tinggal sedikit sahaja.

Ketika itu, yang tinggal cuma beberapa ratus sahaja dan juga baki elaun sebanyak RM2,000.00 yang disimpan hasil berjimat cermat dalam berbelanja ketika di luar negara. Langsung tak cukup untuk membayar deposit kepada hospital dan cuma cukup untuk bil hari pertama mak di hospital sahaja. Ketika itu barulah tersedar tentang pentingnya insuran. Tapi apa boleh dibuat, sudah terlambat dan mak masih lagi tak sedarkan diri. Akhirnya kami berbincang dengan hospital swasta untuk memindahkan mak ke hospital kerajaan kerana tak mampu untuk berada lebih lama di sana. Namun, setelah mendapat kebenaran dari Hospital Bainun dan mak mula sedar dan stabil pada hari ketiga, barulah mak dipindahkan ke Hospital Bainun, Ipoh. Itupun, memang sudah rezeki kami agaknya, memang kebetulan cuma ada 1 katil kosong di wad CCU yang sesak dengan ramai pesakit. Dari sana mak mendapatkan rawatan hingga stabil dan boleh pulang ke rumah sebelum dirujuk kepada Institut Jantung Negara.

Tetapi pihak hospital tak melepaskan mak selagi kami tak membayar separuh dari bil perubatann yang berjumlah RM 6,000++. Masa itu, semua wang yang saya ada habis dikeluarkan beserta simpanan yang kami ada dan nasib baik masa itu, Tok dan Opah datang berikan sedikit simpanan yang mereka ada bagi membayar kos tersebut. Namum bakinya, separuh lagi masih belum dijelaskan, sekadar melepaskan mak ke Hospital Kerajaan bagi meneruskan rawatan. Sekarang ini alhamdulillah, mak dah selamat menjalani pembedahan bulan April lepas dan sekarang dalam proses recovery. Namun, untuk sembuh bukanlah mudah. Mak pun setakat ini 2 kali dimasukan semula ke wad akibat masalah yang berkaitan dengan pembedahan dan ubatan.

PENGAJARAN DARI PENGALAMAN
Daripada apa yang terjadi pada ibu saya, saya sedar tentang pentingnya insuran. Insuran tak mampu menjamin kita terus hidup sihat dan tak dapat menyembuhkan kita. Namun insuran dapat membantu meringankan masalah kewangan ketika kita ditimpa musibah. Saya juga orang biasa yang lari daripada insuran, asal jumpa je saya lari. Masa tu saya fikirkan nanti lah ambik, sekarang tak penting lagi. Tapi sakit, kematian, kemalangan datang tak bagitahu kita bila. Barulah saya sedar kenapa orang insuran termasuk rakan saya di universiti bersungguh2 suruh masuk insuran. Dalam kita tak suka dan pandang hina pada mereka dan kebencian kita pada mereka yang kerap menggangu urusan kita, namun  niat mereka baik, nak memudahkan kita disaat kita memerlukan nanti.

Setelah mak stabil, saya yang dulunya tak suka dengan insuran dan lari dari insuran datang berjumpa dengan kawan satu universiti dengan saya. Saya katakan nak jadi ejen juga, nak pastikan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan saya tak kene nasib yang sama  yang saya dah rasa. Bermula daripada tu, saya menjadi ejen insuran.

SAYA KAITKAN DENGAN APA YANG SAYA BELAJAR DI UNIVERSITI
Saya mengambi jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Subjek undang-undang perniagaan termasuklah akta kontrak juga saya turut pelajari. Saya bukanlah pandai sangat dengan akta-akta ni, tapi saya faham dan ingin kongsikan disini (nampak macam tak berkaitan tetapi sebenarnya ini perkara yang kita tak sedari), antara contoh kes yang saya ingat sampai sekarang adalah ejen Cuma melaksanakan tugas sebagai wakil kepada prinsipalnya dan apabila satu urusniaga itu dilakukan dan pihak pembeli tidak mengambil tindakan menyemak semula apa yang terlibat sewaktu urusniaga dibuat, bukanlah salah penjual tetapi pembeli yang bersalah apabila kemudian hari pembeli tidak berpuas hati engan apa yang berkaitan dengan urusniaga tersebut. (bagi kes sebenar dan penjelasan lanjut perlu saya cari dan kaji semula buku-buku yang saya gunakan dahulu)

Saya kaitkan dengan situasi “pandangan orang bahawa insuran ini menipu dan ejen cuma menjanjikan bermacam2 janji manis sahaja, tapi bila buat claim macam-macam tak dapat”, dan kaitkan dengan keadaan semasa sekarang ini, pembeli harus meneliti dan menyemak semula dokumen polisi dan memahami polisi yang mereka ambil. Dsebabkan itu diberikan tempoh untuk menyemak polisi dan sekiranya tak berpuas hati, polisi boleh ditamatkan dan wang dikembalkan semula. Namun, tak ada siapa pun nak hendak baca dan fahami polisi yang ada. Mungkin saya seorang saja yang rajin baca polisi yang ada. Ramai yang hanya terima polisi dan berakhir di situ tanpa memahami apa yang dilindungi atau tdak serta syarat2 di dalam polisi.

Malah pernahkan anda terfikir (ini pandangan saya sendiri yang tidak ada orang beritahu kepada saya), jika orang kata insuran ini menipu, mengapa syarikat insuran masih wujud dalam negara kita ni. Dan mengapa tidak ada yang membawa kes ke mahkamah mengatakan mereka ditipu syarikat insuran. Perkara sebegini menyedarkan saya kembali tentang pandangan lama saya terhadap insuran.

IBARAT BUAH, DALAM SETANDAN TAK SEMESTINYA SEMUANYA BUSUK
Mungkin di luar sana ada ejen yang hanya mengejarkan keuntungan semata-mata. Namun, ibarat buah, dalam setandan tak semestinya semuanya busuk. Masih ada ejen yang ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas mereka. Ini saya rasai sendiri dengan rakan saya ketika saya ambil polisi saya.

HOSPITAL KERAJAAN KAN FREE JE
Memang ramai yang katakan kerja kerajaan hospital free, tapi berdasarkan pegalaman keluarga saya saya diatas, anda tahu kenapa saya katakan insuran ini penting. Bukan hospital kerajaan tak bagus tapi anda sndiri tahu berapa ramai yang datang dapatkan rawatan sedangkan jumlah doktor pun sedkit.

Malahan, seorang client saya jururawat hospital kerajaan. Saya masih ingat kata-katanya “walaupun akak nurse, akak tak harapkan semuanya yang free kat hospital. Tengok je la org sakit berapa ramai. Nurse n doktor plak berapa kerat je yang ada. Dahtu kalau sebab akak kerja kerajaan dapat masuk wad 1st class, kalau doktor cakap kene masuk 2nd class punya wad, tetap kene masuk wad 2nd class. Tak de maknanya keistimewaan tu. Akak tau sangat dah sebab dah lama keje dgn hospital”

Bagi yang kerja kerajaan ramai yang kata insuran tak penting, tapi alhamdulillah. Kalau orang kerja kerajaan cakap tak penting dan tak hargai saya, ramai client saya yang kerja swasta hargai saya. Sebab mereka tahu kerja swasta tak de keistimewaan macam mana org kerajan rasa. Jadi insuran ni banyak membantu bila mereka ditimpa musibah. Malah ada yang katakan pada saya: “sabar la nak, ada orang yang tak suka dan pandang hina dengan insuran tapi percayalah, insyallah kamu boleh berjaya. apa yang kamu buat sekarang ni bukannya benda yang salah dan haram. Bukannya kau jual dadah pun. Kalau seorang kata tak mahu, masih ramai lagi kat luar sana yang perlukan insuran ni.” . Alhamdulillah.. masih ada yang menghargai..

Tapi apa-apapun, perkara ini terpulang pada individu masing-masing. Masing-masing punya hak masing-masing untuk membuat pilihan. Saya cuma sekadar berkongsi pandangan saya. Masin-masing punya akal fikiran dan peluang untuk membuat keputusan.

Sekian,
Khairul Anwar
Wealth Planner
Prudential BSN Takaful

Saturday, January 29, 2011

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis


1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM

10 Tips jimat gaji pertama


1.Lindungi gaji anda yang akan datang dengan mengambil polisi insurans yang berpatutan.

2.Buka akaun 3 dalam 1 iaitu satu akaun yang mempunyai ciri-ciri akaun simpanan biasa, simpanan tetap dan akaun semasa. Ini akan membolehkan kamu membiasakan diri dengan penggunaan cek.

3.Mulakan satu sistem simpanan paksaan dengan menyimpan secara auto debit setiap kali mendapat gaji.

4.Tentukan semua hutang-hutang yang perlu kamu bayar contohnya pinjaman pelajaran.

5.Tentukan semua belanja minimum yang mesti ditanggung contohnya sewa bilik, pengangkutan, utility, telefon, pakaian dan makanan.

6.Hidupkan sistem pengurusan kewangan sendiri contohnya satu belanjawan sama ada dengan perisian computer atau sebuah diari.

7.Jangan tergesa-gesa membeli kereta, kumpulkan wang ke satu tahap di mana kamu mempunyai duit kecemasan setara dengan 3 bulan gaji sepanjang masa.

8.Jangan tergesa-gesa mengambil kad kredit, pastikan kamu tahu tentang bahaya kad kredit dan cara yang betul menggunakannya.

9.Semak bahawa semua potongan yang patut dilakukan oleh majikan secara undang-undang contohnya caruman KWSP dan Socso telah didaftarkan.

10.Berikan kembali sejumlah tertentu gaji kamu ( Contohnya 10% ) kepada masyarakat mengikut garis panduan agama dan kepercayaan masing-masing.