Wednesday, June 1, 2011

Mengapa saya jual insuran/takaful

Ini komen saya bagi menjawab tulisan blog seseorang. Anda baca dan fikirkanlah sendiri.

KOMEN SAYA DI: (alamat blog tersebut dirahsiakan) 
pandangan ustaz, ada betul dan ada yang salah pada pandangan saya. Tapi siapalah saya, saya un Cuma insan biasa yang ilmu tak tinggi mana pun Cuma saya ada pengalaman yang mengajar saya tentang kepentingan insuran kepada semua orang.

saya tak mahu komen lebih2, sebab ilmu saya tak la tinggi mana. tapi persepsi masyarakat kita terhadap insuran (tak kira samaada insuran atau takaful) ni masih perlu diperbaiki disamping ejen perlu bagi contoh yang baik dalam etika kerja mereka. saya mengatakan begini kerana pengalaman saya di luar negara membawa saya melihat tentang kepentingan insuran ini. ditambah pula dengan ibu saya yang sakit jantung secara mengejut tak lama selepas saya pulang dari luar negara.

dengan kos perubatan makin meningkat (malah di negara yang saya pergi dahulu, ubatan2 yang kosnya dalam lingkungan RM50, mahal hingga RM300 di negara tersebut), dan pesakit yang makin ramai di hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan. bukanlah bermaksud hospital kerajaan tak bagus. cuma dengan nisbah pesakit dan staff hospital spt doktor yang sedikit, berapa ramai sahaja yang mendapat layanan yang teliti.

PENGALAMAN KELUARGA SAYA
nasib ini menimpa ibu saya yang ke hospital kerajaan setiap 3 bulan sekali utk follow-up dgn doktor. kali pertama dikatakan masalah kolestrol, diberikan ubat dan datang semula selepas 3 bulan. kali kedua dikatakan bukan masalah kolestrol tetapi jantung ibu saya laju. Diberikan ubatan yang lain dan next appontment dengan doctor pakar dari ipoh. Namun doktor pakar tak hadir pada hari yang dijanjikan. Terkebil2 kami menunggu lama sebelum dimaklumkan begitu. Hinggakan ayah mencari2 doktor lain termasuk doktor yang memeriksa mak sebelum2 ini bertanyakan tentang x-ray, echo dan sebagainya sama dapat tahu apa masalah ibu saya. Namun doktor tu pun doktor biasa je. Bukan pakar bahagian jantung. Kami pun pulang dengan hampa menantikan 3 bulan yang akan datang untuk berjumpa dengan pakar lagi sekali.

Temujanji berikutnya pada bulan disember, namun awal november mak sakit teruk sampaikan tak makan 4 hari. Nak dibawa ke hospital kerajaan, menunggu lama. Dengan simpanan keluarga yang tak seberapa dan baki wang sewaktu ke luar negara sebagai backup, kami ke hospital swasta untuk diagnose dan kemudiannya bercadang meneruskan rawatan ke hospital kerajaan setelah di-diagnose penyakit ibu saya. Ditakdirkan allah, mak tenat dalam 2jam pertama masuk wad. Tapi kecekapan doktor swasta menyelamatkan ibu saya memberikan saya lebih masa untuk menghargai dan memberikan jasa kepada ibu bapa saya. Setelah mak stabil, pemerikasaan terus dilakukan dihadapan kami. Dan keputusannya ibu saya mempunyai masalah dengan injap jantung. Keputusan yang dapat dengan segera sedangkan di hospital kerajaan pemeriksaan yang sama dilakukan, echo, xray dsb tak dapat kesan penyakit apa – doktor pakar tak cukup (malah tak datang ketika temujanji) dan pesakit yang terlalu ramai menunggu giliran utk rawatan dsb.

Namun, kesedaran tentang pentingnya insuran pada diri saya bila di hospital swasta tersebut. Saya lihat ramai pesakit cina dan india tapi yang melayu cuma keluarga saya je yang ada di situ. Saya tanya pada beberapa keluarga pesakit yang lain. Anggapan saya family mereka kaya raya atau mereka bekerja besar. Rupa2nya sangkaan saya meleset. Mereka masuk ke hospital tu sebab mereka ada insuran dan kerja mereka bukanlah hebat2. Ada yang cuma kerani biasa je.

Namun, tamparan hebat yang sedarkan saya tentang pentingnya insuran ini adalah pada hari kedua, mak masih belum sedar, saya dipanggil oleh admin hospital dan ditanya latar belakang. Ketika itu kami ditanya samaada mempunyai insuran atau tidak. Kami katakan tidak seorang pun yang berinsuran. Admin hospital dengan serba salah, menunjukkan bil interim sepanjang sehari iaitu sebanyak RM2,000.00++ dan menjelaskan terpaksa meminta deposit sebanyak RM10,000.00. Masa itu, fikiran buntu dan gelap. Ayah bekerja sebagai Pekerja Am, tiada baki dalam simpanan EPFnya lagi. Saya yang baru habis praktikal dan baru hendak mula mencari kerja. Adik pula baru berhenti kerja dan mencari kerja lain sementara seorang lagi masih bersekolah. Kami bukan orang yang senang dan wang simpanan keluarga banyak telah dihabiskan untuk sewaktu belajar dan persiapan menjalani praktikal di luar negara. Cuma tinggal sedikit sahaja.

Ketika itu, yang tinggal cuma beberapa ratus sahaja dan juga baki elaun sebanyak RM2,000.00 yang disimpan hasil berjimat cermat dalam berbelanja ketika di luar negara. Langsung tak cukup untuk membayar deposit kepada hospital dan cuma cukup untuk bil hari pertama mak di hospital sahaja. Ketika itu barulah tersedar tentang pentingnya insuran. Tapi apa boleh dibuat, sudah terlambat dan mak masih lagi tak sedarkan diri. Akhirnya kami berbincang dengan hospital swasta untuk memindahkan mak ke hospital kerajaan kerana tak mampu untuk berada lebih lama di sana. Namun, setelah mendapat kebenaran dari Hospital Bainun dan mak mula sedar dan stabil pada hari ketiga, barulah mak dipindahkan ke Hospital Bainun, Ipoh. Itupun, memang sudah rezeki kami agaknya, memang kebetulan cuma ada 1 katil kosong di wad CCU yang sesak dengan ramai pesakit. Dari sana mak mendapatkan rawatan hingga stabil dan boleh pulang ke rumah sebelum dirujuk kepada Institut Jantung Negara.

Tetapi pihak hospital tak melepaskan mak selagi kami tak membayar separuh dari bil perubatann yang berjumlah RM 6,000++. Masa itu, semua wang yang saya ada habis dikeluarkan beserta simpanan yang kami ada dan nasib baik masa itu, Tok dan Opah datang berikan sedikit simpanan yang mereka ada bagi membayar kos tersebut. Namum bakinya, separuh lagi masih belum dijelaskan, sekadar melepaskan mak ke Hospital Kerajaan bagi meneruskan rawatan. Sekarang ini alhamdulillah, mak dah selamat menjalani pembedahan bulan April lepas dan sekarang dalam proses recovery. Namun, untuk sembuh bukanlah mudah. Mak pun setakat ini 2 kali dimasukan semula ke wad akibat masalah yang berkaitan dengan pembedahan dan ubatan.

PENGAJARAN DARI PENGALAMAN
Daripada apa yang terjadi pada ibu saya, saya sedar tentang pentingnya insuran. Insuran tak mampu menjamin kita terus hidup sihat dan tak dapat menyembuhkan kita. Namun insuran dapat membantu meringankan masalah kewangan ketika kita ditimpa musibah. Saya juga orang biasa yang lari daripada insuran, asal jumpa je saya lari. Masa tu saya fikirkan nanti lah ambik, sekarang tak penting lagi. Tapi sakit, kematian, kemalangan datang tak bagitahu kita bila. Barulah saya sedar kenapa orang insuran termasuk rakan saya di universiti bersungguh2 suruh masuk insuran. Dalam kita tak suka dan pandang hina pada mereka dan kebencian kita pada mereka yang kerap menggangu urusan kita, namun  niat mereka baik, nak memudahkan kita disaat kita memerlukan nanti.

Setelah mak stabil, saya yang dulunya tak suka dengan insuran dan lari dari insuran datang berjumpa dengan kawan satu universiti dengan saya. Saya katakan nak jadi ejen juga, nak pastikan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan saya tak kene nasib yang sama  yang saya dah rasa. Bermula daripada tu, saya menjadi ejen insuran.

SAYA KAITKAN DENGAN APA YANG SAYA BELAJAR DI UNIVERSITI
Saya mengambi jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Subjek undang-undang perniagaan termasuklah akta kontrak juga saya turut pelajari. Saya bukanlah pandai sangat dengan akta-akta ni, tapi saya faham dan ingin kongsikan disini (nampak macam tak berkaitan tetapi sebenarnya ini perkara yang kita tak sedari), antara contoh kes yang saya ingat sampai sekarang adalah ejen Cuma melaksanakan tugas sebagai wakil kepada prinsipalnya dan apabila satu urusniaga itu dilakukan dan pihak pembeli tidak mengambil tindakan menyemak semula apa yang terlibat sewaktu urusniaga dibuat, bukanlah salah penjual tetapi pembeli yang bersalah apabila kemudian hari pembeli tidak berpuas hati engan apa yang berkaitan dengan urusniaga tersebut. (bagi kes sebenar dan penjelasan lanjut perlu saya cari dan kaji semula buku-buku yang saya gunakan dahulu)

Saya kaitkan dengan situasi “pandangan orang bahawa insuran ini menipu dan ejen cuma menjanjikan bermacam2 janji manis sahaja, tapi bila buat claim macam-macam tak dapat”, dan kaitkan dengan keadaan semasa sekarang ini, pembeli harus meneliti dan menyemak semula dokumen polisi dan memahami polisi yang mereka ambil. Dsebabkan itu diberikan tempoh untuk menyemak polisi dan sekiranya tak berpuas hati, polisi boleh ditamatkan dan wang dikembalkan semula. Namun, tak ada siapa pun nak hendak baca dan fahami polisi yang ada. Mungkin saya seorang saja yang rajin baca polisi yang ada. Ramai yang hanya terima polisi dan berakhir di situ tanpa memahami apa yang dilindungi atau tdak serta syarat2 di dalam polisi.

Malah pernahkan anda terfikir (ini pandangan saya sendiri yang tidak ada orang beritahu kepada saya), jika orang kata insuran ini menipu, mengapa syarikat insuran masih wujud dalam negara kita ni. Dan mengapa tidak ada yang membawa kes ke mahkamah mengatakan mereka ditipu syarikat insuran. Perkara sebegini menyedarkan saya kembali tentang pandangan lama saya terhadap insuran.

IBARAT BUAH, DALAM SETANDAN TAK SEMESTINYA SEMUANYA BUSUK
Mungkin di luar sana ada ejen yang hanya mengejarkan keuntungan semata-mata. Namun, ibarat buah, dalam setandan tak semestinya semuanya busuk. Masih ada ejen yang ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas mereka. Ini saya rasai sendiri dengan rakan saya ketika saya ambil polisi saya.

HOSPITAL KERAJAAN KAN FREE JE
Memang ramai yang katakan kerja kerajaan hospital free, tapi berdasarkan pegalaman keluarga saya saya diatas, anda tahu kenapa saya katakan insuran ini penting. Bukan hospital kerajaan tak bagus tapi anda sndiri tahu berapa ramai yang datang dapatkan rawatan sedangkan jumlah doktor pun sedkit.

Malahan, seorang client saya jururawat hospital kerajaan. Saya masih ingat kata-katanya “walaupun akak nurse, akak tak harapkan semuanya yang free kat hospital. Tengok je la org sakit berapa ramai. Nurse n doktor plak berapa kerat je yang ada. Dahtu kalau sebab akak kerja kerajaan dapat masuk wad 1st class, kalau doktor cakap kene masuk 2nd class punya wad, tetap kene masuk wad 2nd class. Tak de maknanya keistimewaan tu. Akak tau sangat dah sebab dah lama keje dgn hospital”

Bagi yang kerja kerajaan ramai yang kata insuran tak penting, tapi alhamdulillah. Kalau orang kerja kerajaan cakap tak penting dan tak hargai saya, ramai client saya yang kerja swasta hargai saya. Sebab mereka tahu kerja swasta tak de keistimewaan macam mana org kerajan rasa. Jadi insuran ni banyak membantu bila mereka ditimpa musibah. Malah ada yang katakan pada saya: “sabar la nak, ada orang yang tak suka dan pandang hina dengan insuran tapi percayalah, insyallah kamu boleh berjaya. apa yang kamu buat sekarang ni bukannya benda yang salah dan haram. Bukannya kau jual dadah pun. Kalau seorang kata tak mahu, masih ramai lagi kat luar sana yang perlukan insuran ni.” . Alhamdulillah.. masih ada yang menghargai..

Tapi apa-apapun, perkara ini terpulang pada individu masing-masing. Masing-masing punya hak masing-masing untuk membuat pilihan. Saya cuma sekadar berkongsi pandangan saya. Masin-masing punya akal fikiran dan peluang untuk membuat keputusan.

Sekian,
Khairul Anwar
Wealth Planner
Prudential BSN Takaful

No comments:

Post a Comment