Tuesday, June 7, 2011

Takafulink Cerdik

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak?

Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.


Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.


Senarai manfaat dan penerangan..


1.  Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
  • Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.
  • Umur pada tarikh akan datang
1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa


 2.  Jenis Penyakit Kritikal (Senarai Penyakit Kritikal)
  • Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
  • Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3.  Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. 
  • Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
  • Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
  • Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4.  Kad Perubatan (Takaful Health Medical Card)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila Rujuk Kad Perubatan - Takaful Health Medical Card)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.


5.  Elaun Harian Hospital 
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
  • Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
  • Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6.  Elaun ICU
  • Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

7.  Elaun Bedah
  • Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

8.  Elaun Lumpuh
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9.  Khairat Kematian
  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut. 

10.  Premium Percuma
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya:
    • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
    • Pembayar meninggal dunia
    • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
    • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
    • Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

11.  Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. 
  • Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12.  Takaful Saver
  • Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver

Takafulink

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual. 

Tahun Sijil
1
2
3
4
5 & 6
7 & ke atas
Pelaburan
40%
50%
60%
70%
90%
100%
Perlindungan
60%
50%
40%
30%
10%
0%
Takaful Saver
95%
95%
95%
95%
95%
95%

Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :

A- Participant Unit Account (PUA) 
(Rujuk manfaat No.1 dan No.2)

B- Individual Special Account (ISA)
(Rujuk manfaat No.3 hingga No.15)

C- Investment Unit Account (IUA)
(Rujuk manfaat No.16)

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas. 

1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

 2- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.


3- Compassionate Benefit (Khairat Kematian)
  • Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.


4- Crisis Cover Plus (CCP)
  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  • Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered(manfaat no. 1)


5- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

 6- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

7- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

8- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

 9- Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Takaful Health)
  •  Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

10- Annual Limit Waiver (Special...)
  • Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
  • Sebagai contoh, plan TH 200 (lihat Takaful Health utk lebih details) , had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.
  • Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
  • Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 74,000. Utk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000, i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)...PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500)....masih lagi berbaloi2. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
  • Kalau ada yang kurang jelas penerangan di atas nie, boleh hubungi saya : khairulanwar371@prupartner.com.my

11- Medical Cover
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
    • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-12)
    • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
    • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
    • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
    • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
  • Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 8 unit.

12- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

13- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

14- Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus
  • Boleh rujuk sini.

15- Premium Percuma (Contributor Benefit)
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
  • Sedikit penerangan ringkas...
Contributor
o    Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
o    Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
o    Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....
o    Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita. Untuk testimoni client yang boleh masuk sini : TESTIMONIAL . Sila rujuk testimoni ke-2.

Parent Contributor
o    Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
o    Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
o    Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"

Spouse Contributor
o    Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
o    Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
o    Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.

Takaful Saver Contributor
o    Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
o    Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.
o    Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.

Takaful Saver Parent Contributor
o    Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

16- Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun.
  • Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :
    • Untuk Akaun PUA (Participant Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan baki perlu ditinggalkan dalam akaun adalah RM 1,000.
    • Untuk Akaun IUA (Investment Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan tiada syarat baki minimum yang perlu ditinggalkan dalam akaun. Akan tetapi sekiranya baki nilai tunai dalam akaun IUA kurang dari RM 500, client perlu membuat pengeluaran semua sekali duit yang ada dalam akaun IUA.
  • Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

PruBSN Ummah – Haji/Umrah Anda Terjamin!

LabbaiKa Allahumma labbaiK
LabbaiKa laa syarikalaKa labbaiK
Innal hamda wa al-ni’mata
laKa wal-Mulk La syarikalaK!
“Kami sahut panggilanMu Ya Allah, kami sahut tiada sekutu bagiMu.. Ya Allah! Kami sahut..
Segala pujian, nikmat & kerajaan adalah kepunyaanMu, Ya Allah, tiada sekutu denganMu..”
Setiap muslim dan muslimah pastinya mempunyai impian untuk melengkapkan rukun kelima Islam iaitu mengerjakan ibadah Haji. Namun, tidak semua mampu di mana akhirnya harapan hanya tinggal harapan dan impian terkubur begitu sahaja. Ini kerana salah satu faktor besar menyumbang kepada kegagalan mengerjakan haji adalah kekurangan dana untuk menampung kos mengerjakan haji yang kini mencecah RM10,000 seorang! Dan yang pastinya kos ini akan terus meningkat mengikut faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikannya seperti harga minyak dan lain-lain.


Untuk memenuhi harapan dan impian anda, maka lahirlah Prudential BSN Takaful Ummah. Kini dengan pelan yang dinamik iaitu semuanya diletakkan dalam satu pelan ini.

Apa Itu Prudential BSN Takaful Ummah (PruBSN Ummah)?


Prudential Bsn Takaful Ummah (Prubsn Ummah) adalah satu pelan yang unik untuk membantu anda untuk merealisasikan impian dan harapan anda untuk ke tanah suci Mekah. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan untuk masa depan, malah ia membantu anda sebagai seorang muslim dan muslimah melalui ciri-ciri uniknya seperti elaun Haji, Badal haji, manfaat berganda dan penulisan wasiat Islam dan jika anda menyertai prudential bsn takaful ummah (prubsn ummah) anda mungkin melayakkan diri untuk menerima BONUS LOYALTI.



Manfaat-manfaat Prudential Bsn Takaful Ummah (pruBsn Ummah)

1- Manfaat Berganda akan dibayar sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya kekal semasa menunaikan Haji/Umrah.
2- Sekiranya ajal anda cepat atau meninggal dunia sebelum dapat menunaikan haji atau anda disahkan hilang upaya kekal sebelum dapat menunaikan haji Kewajipan haji anda akan di tunaikan melalui Upah Haji.
3- Pengeluaran simpanan boleh dilakukan bagi menampung keperluan Haji anda.
4- Wang tunai tambahan bernilai RM 2,000 untuk manfaat khariat kematian.
5- Bonus Loyalti sebagai elaun haji.
6- Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal.
7- Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat islam.
PruBSN Ummah Secara Ringkas
  • Panjang Umur ==> Keluarkan Simpanan untuk pergi menunaikan Haji.
  • Penyakit Kritikal ==>> Pampasan oenyakit kritikal diberikan + Sijil Percuma dan Keluarkan Simpanan Pergi Menunaikan Haji.
  • Meninggal Dunia ==> Jika Di Malaysia = Jumlah Perlindungan + baki simpanan + Upah haji (PruBSN Tanggung).
  • Meninggal Dunia Di Mekah ==>> 2 kali perlindungan + Baki Simpanan + Upah Haji

Secara Perbandingan…

Tabung Haji
Bank/ASB
PruBSN Ummah
Simpanan
Ada
Ada
Ada
Rawatan Penyakit kritikal
Tiada
Tiada
Ada
Badal Haji (Upah Haji)
Tiada
Tiada
Percuma
Gantian pendapatan kepada keluarga
Tiada
Tiada
Ada
Gantian pendapatan Hilang Upaya
Tiada
Tiada
Ada
Khairiat Kematian (Pengebumian)
Tiada
Tiada
Percuma
Bonus Loyalti
Tiada
Tiada
Ada
Gantian Pendapatan Berganda
Tiada
Tiada
Ada

Siapa Yang Layak Untuk Menyertainya?
Anda berumur di antara 19-60 tahun layak untuk menyertainya.

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenaranda akan bergantung kepada berikut: 
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahunatau setiap tahun